Tuesday, October 12, 2010

Tulip Oh Tulip...


Sudah lama aku tidak mencoret kanvas maya ini dgn suatu cerita yg menarik...dek kekangan waktu yg menghambatku dibumi Perak ini. Hari ni aku nak crita satu kisah tentang BUNGA TULIP ni..klu korang rasa x btul cerita ni..silalh gtau kt BOX aku nnt erk..skang aku excited nk citer sal buga ni cz aku baru dpt info dari bku yg bru aku bace bbrape ri lepas..so menarik aku rsakan bgi aku pminat bunga TULIP ni..ehehe.. :-)

BUNGA TULIP KUNING...melambangkan KEGEMBIRAAN...


BUNGA TULIP MERAH melambangkan cinta yg membara....dan BUNGA TULIP PUTIH diberikan kepada seseorang untuk memohon maaf...

Klau skilas korang pandang gambar kat atas ni..per agknyer korang fikirkan...bagi aku lak..firstime tengok gmbar cmgni...rsa cam karpet yg wane wani jer...tp uper-upernya...inilah ladang bunga tulip...tengok...punyer la luas ladang ni...macam sawah padi kat Malaysia jer..cuma der warna warninyer jer yg beza..he x3...

Warna-warna terang kuning, merah, biru dan jingga dgn latar langit yg membiru menyerlahkan suasana ceria yg sungguh mendamaikan. Ladang tulip ini antara beratus ladang yg mengkomersialkan bunga2 tulip utk dieksport ke merata dunia. Selain bunga, bebawang tulip dari Belanda ini juga mempunyai pasaran yg meluas dan harganya bergantung kpd kualiti bebawang tersebut. Biasanya bebawang tulip disemai dlm bulan september dan akan berputik, memekar dlm musim bunga, sekitar bulan empat dan terus kembang sehinggalah musim panas berakhir.


Bunga tulip sebenarnya bukan berasal dari Belanda. Menurut sejarah ia dibawa ke Belanda dari negara Turki. Malah nama tulip itu sendiri bersempena dengan turban atau topi tinggi yg dipakai oleh lelaki-lelaki di Turki.



BUNGA TULIP WARNA UNGGU melambangkan darjat yg tinggi...

Tidak seperti bunga-bunga yg lain, tulip agak rapuh. Mudah rosak dan mudah terkena penyakit. Kerana kerapuhan ini , orang Belanda merasakan mereka harus melindungi bunga ini supaya ia akan terus mekar dan menarik. Kasih sayang orang Belanda terhadap bunga ini memang tidak berbelah bagi. Kerana kecintaan mereka inilah walaupun bunga ini bukan berasal dari sini, ia telah menjadi ikon untuk negara di bawah paras laut ini.

sekian saja tuk kali ini..aku nk b'siap p kliah lak jp lg..uhu..sbnarnye byk lg info aku nk kngsi kt cni..tp tu la..wktu x mngizinkan aku...so adios..

No comments:

Post a Comment