Thursday, September 2, 2010

mMmBeRi sEbUaH kEmAaFaN...sUkAr atau mUdAh??


"Huh!.....tidak, tidak, tidak, pokoknya..tidak akan aku maafkan dia!!..Dia sudah menyakitkan hati aku yg paling, paling, paling, paling dalam (marah sangat dah ni...)" . Pasti pernah kan terfikir seperti ini. Atau marah yg berpanjangan pada seseorang yang sampai kehujungnya tidak mahu memaafkan. Terdapat 11 tips untuk memaafkan dengan tulus ikhlas, WANT To Know its?..sila teruskan bacaan anda di sini...

1. Tanamkan pada diri kita bahawa memaafkan itu sangat MULIA.
2. Mulakan dengan memafkan diri kita sendiri.
3. Ingatlah bahawa Tuhan itu maha mengetahui dan maha adil, meskipun teramat sakit, kita harus boleh memaafkan.
4. Tuhan pun mahu memaafkan hamba-hambanya yg betul-betul bertaubat padaNya. Tuhan sudah menjamin kebahagiaan kita sepanjang kita IKHLAS melakukannya.
5. Kenapa tidak..jika salah, kita pun ingin dimaafkan dengan tulus. Maka lakukanlah hal yg sama pada orang lain.
6. Jauhkan hati dari hasad dengki.
7. Memaafkan dengan tulus ikhlas sebenarnya tidak susah sepanjang kita memang mahu melakukannya.
8. Memaafkan itu sesuatu yg INDAH.
9. Memaafkan menjadikan diri kita manusia yg memiliki JIWA yg BESAR serta memiliki HATI yg LAPANG.
10. Perbanyakkanlah pengetahuan kita tentang kebaikan.
11. Memaafkan itu MENYIHATKAN.


So..tunggu apa lagi..maafkanlah orang-orang yg bersalah pada anda. Semoga tips di atas akan berguna di dalam kehidupan anda semua dan saya.

by: JUMA

Bagi yang memaafkan kesalahan orang lain, Allah SWT menyediakan pahala utama sebagai balasan atas kemuliaan sikap mereka.

" Tetapi orang yg bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yg demikian itu termasuk hal-hal yg diutamakan " (QS Asyuura [42] :43).

Oleh yg demikian, marilah kita bermaaf-maafan di bulan Syawal yg mulia ini...semoga dengan kemaafan tersebut akan mengeratkan lagi ukhuwah kita sesama insan...namun harus diingat..memberi kemaafan itu tidak kira masa atau keadaan...asalkan kita sudi dan ikhlas melakukannya...wallahualam...


No comments:

Post a Comment