Friday, August 27, 2010

10 TIPS MUDAH ATASI MALAS

Dalam dunia ini tiada pelajar yg pandai @ bodoh. Cuma yg ada pelajar rajin @ malas. Malas adalah sikap kebanyakan pelajar yg menyebabkan mereka menangguhkan kerja di saat akhir. malas juga mengakibatkan pelajar tdk menggunakan potensi dan kehebatan sebenar mereka. Memanglah apabila dibandingkan antara belajar dgn bermain, pastilah belajar itu membosankan. Tetapi mereka yg berjaya pada awalnya juga malas tetapi mereka melakukan satu perkara iaitu PAKSA DIRI! Apabila anda mula paksa diri atau mengisytiharkan jihad menentang perasaan malas, sedikit demi sedikit ada mula menguasai pelajaran. Apabila pelajaran mula dikuasai, minat juga mula tercetus. Apabila anda mula minat, anda sebenarnya tidak perlu paksa diri lagi kerana segalanya menjadi begitu mudah bagi anda lakukan.

Berikut adalah perkara yg dapat anda lakukan bg mengatasi sikap malas :
1. Amalkan doa ini
Allahumma'inni a'uzubikaminalhammiwalhazam Wa a'uzubikaminala'jliwalkasal Wa a'uzubikaminaljubni walbukhl.
maksudnya: " Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kedukaan dan kesusahan, perasaan lemah, malas dan kebakhilan."

2. Ingat matlamat @ sasaran anda
* Berkongsikan matlamat & impian anda dgn org lain.
* menggunakan teknik visual (tampal matlamat di tempat yg mudah & selalu dilihat)

3. 10 Minit keemasan
Sekiranya anda malas cuba katakan pada diri anda,anda bukan mahu belajarsatu jam pun, tetapi anda hanya mahu belajar selama 10 minit sahaja. Tetapi syaratnya, dlm masa 10 minit ini anda MESTI berikan yg terbaik. Tumpuan anda mesti 100%. Anda juga perlu baca & faham sungguh2 & buat catatan mengenai apa yg anda baca. Anda juga perlu fikirkan kembali apa yg anda baca & cuba ceritakan semula pada diri anda apa yg anda faham.
selepas habis masa 10 minit itu, apa yg anda rasa? Saya yakin anda rasa sayang bg berhenti belajar krn pada masa itu anda mula seronok & sikap malas yg ada sebelumnya hilang. Begitulah dlm belajar. Susahnya hanya pd beberapa mini awal shj. tetapi sekiranya anda mula paksa diri & lakukan 10 minit yg terbaik, Insyaallah perasaan malas bakal pergi. bagaimana pula sekiranya perasaan malas masih wujud? Itu disebabkan anda tidak menggunakan 10 minit keemasan itu sebaik-baiknya. Maknanya anda kena ulang semula 10 minit itu sehingga anda berjaya mengatasi perasaan malas itu.

4. Banyak membaca bahan motivasi
Dengan membaca bahan-bahan seperti ini mampu mencetuskan pemikiran positif & merangsang diri bg berubah menjadi rajin dan mampu memberikan inspirasi bg anda turut berjaya seperti kisah-kisah kejayaan orang lain.

5. Susun & mudahkan jadual belajar
Hal ini dapat menyelamatkan masa anda daripada dibazirkan begitu sahaja.Malah, hidup anda akan lebih teratur & tidak kelam kabut.

6. Rehat & tidur yg cukup
Malas timbul a/p badan terasa lemah & letih. Oleh itu rehat & tidur yg cukup adalah cara yg dapat diambil bg mengatasi rasa malas.

7. Riadah
Ada masanya anda rasa malas krn tiada aktiviti fizikal yg membolehkan darah & oksigen berjalan lancar dlm badan. Cuba libatkan diri dgn pelbagai aktiviti riadah & anda pasti mendapati tubuh badan yg segar menjana semangat belajar yg tinggi.

8. Berkawan dgn orang yg positif
Tingkah laku & sikap anda banyak dipengaruhi oleh kawan2 anda. sekiranya anda berkawan dgn mereka yg +ve, mahu belajar & sering berbincang mengenai pelajaran, lama-kelamaan sikap +ve ini mempengaruhi diri anda juga.

9. Amalkan teknik pernafasan
Ada masanya anda rasa malas krn oksigen yg dibekalkan ke otak berkurang. Otak memerlukan 25% drp bekalan oksigen yg dihantar ke badan bg berfungsi dgn baik. Sebab itulah a/p kita baru sahaja selesai makan makanan yg berat spt nasi, diri berasa malas krn sebahagian besar oksigen digunakan bg menghadamkan makanan. Satu cara yg dapat dilakukan adalah menarik nafas dalam-dalam & lepaskan perlahan-lahan beberapa kali. Anda serta merta berasa lebih segar.

10. Suarakan moto anda
Salah satu cara bg anda mengatasi rasa malsa adalah dgn mencipta beberapa moto bg disarankan pada diri anda sendiri. Berikut adalah beberapa contoh moto:
~ Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
~ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tdk berguna.
~ Gagal sekali bukan gagal selama-lamanya.
~ Biar kalah bermaruah drp kalah menyerah.
Anda boleh mencipta moto anda sendiri.

rujukan: buku Motivasi Alihan pelajar, Tengku Asmadi (2010).

Thursday, August 26, 2010

Makanan Penguat Ingatan

Kita adalah apa yg kita makan. Kajian menunjukkan hari ini bilangan remaja obesiti, iaitu gemuk yg berlebihan semakin meningkat. Tuhan menegaskan dalam Quran surah al-Baqarah, ayat 57 supaya kita makan daripada makanan yg baik-baik. Baik dari segi:

* Halal. Makanan yg haram dpt menghitamkan hati dan menumpulkan minda.
* Rasa enak dan lazat supaya dapat dimakan tanpa pembaziran.
*Kualiti makanan daripada segi zat.
* Kebersihan, supaya tidak memudaratkan spt keracunan dan sebagainya.

Berikut adalah antara makanan yg perlu dimasukkan sbg makanan tambahan kerana khasiatnya yg mampu meningkatkan daya ingatan. Senarai yg diberikan ini hanyalah sbg panduan dan anda perlu rujuk kpd pakar pemakanan sekiranya mahukan diet yg teratur.

lobak merah

anggur hitam

kismis

madu

badam

kurma

sedikit glukos


makanan berasaskan gingko biloba


air soya dan makanan berasaskan soya

pisang

buah epal

ikan tuna

halia

air zam-zam

susu

Rujukan: buku Motivasi Alihan Pelajar, Tengku Asmadi (2010).

Friday, August 20, 2010

Empathy Batch (2008/2009)...di SITC...


akhirnya...setelah 5 sem bersama..baru leh tangkap gmbar ramai-ramai camni..hu2..terharunyer..meacih pada kengkawan yg dapat bagi komitmen ni..inilah kenangan kita bila dah bes blajar nanti...klu rindu..tataplah gambar ni erk...pasti terimbau kembali kenangan kita bersama sepanjang pengajian di UPSI ni..

kemesraan dan kecerian jelas terpancar di wajah...masing-masing seronok dapat tangkap gambar ramai-ramai camgini...semoga ukhuwah yg terjalin selama ini akan kekal hingga akhir hayat nanti...klu nak kwin jgn lupe lak jemput tau...luv u all..

kenangan Chenor

bakal-bakal arkitek dan jurutera masa depan...

ai dik...gaya baling bowling ker belon tu..
berteduh di bawah pondok usang...

barisan tenaga yang bertungkus lumus menjayakan program motivasi " Pelajar Intelek Minda Super". semoga kerjasama dan ukhuwah ini berpanjangan...