Thursday, August 26, 2010

Makanan Penguat Ingatan

Kita adalah apa yg kita makan. Kajian menunjukkan hari ini bilangan remaja obesiti, iaitu gemuk yg berlebihan semakin meningkat. Tuhan menegaskan dalam Quran surah al-Baqarah, ayat 57 supaya kita makan daripada makanan yg baik-baik. Baik dari segi:

* Halal. Makanan yg haram dpt menghitamkan hati dan menumpulkan minda.
* Rasa enak dan lazat supaya dapat dimakan tanpa pembaziran.
*Kualiti makanan daripada segi zat.
* Kebersihan, supaya tidak memudaratkan spt keracunan dan sebagainya.

Berikut adalah antara makanan yg perlu dimasukkan sbg makanan tambahan kerana khasiatnya yg mampu meningkatkan daya ingatan. Senarai yg diberikan ini hanyalah sbg panduan dan anda perlu rujuk kpd pakar pemakanan sekiranya mahukan diet yg teratur.

lobak merah

anggur hitam

kismis

madu

badam

kurma

sedikit glukos


makanan berasaskan gingko biloba


air soya dan makanan berasaskan soya

pisang

buah epal

ikan tuna

halia

air zam-zam

susu

Rujukan: buku Motivasi Alihan Pelajar, Tengku Asmadi (2010).

No comments:

Post a Comment